Sejarah balet Balet

Rencana utama: Sejarah balet

Balet muncul pada akhir kurun ke-15 istana Renaissance di Itali, sebagai tarian menggambarkan lawan pedang, dan berkembang lebih lanjut di Istana Perancis semejak tempoh Louis XIV pada kurun ke-17. Ini dibayangkan oleh kosa kata balet dalam bahasa Perancis. Selepas itu, selepas 1850, balet berkembang di Denmark dan Rusia. Dari Rusialah ia kembali ke Eropah Barat dan akhirnya ke seluruh dunia. Ballets Russes oleh Sergei Diaghilev dan warisannya amat berpengaruh semasa tempoh ini. Ia terus menarik dan semakin kaya dengan tarian rakyat dan tradisi tarian tempatan.

Pada kurun ke-20, balet terus berkembang dan mempunyai pengaruh besar pada pinggir tarian konsert lebih luas. Sebagai contoh di Amerika Syarikat, pereka tari George Balanchine membangunkan apa yang dikenali kini sebagai neoklasik balet. Perkembangan selanjutnya telah menghasilkan balet semasa (contemporary) dan balet pra-struktur (post- structural), hasil kerja William Forsythe di Jerman.